* Time for Justice *

www.fairgoforpalestine.org

* The Writer *

..
is living towards mardhatillah |doing IT/business |living temporarily in Brisbane|graduating in 4 months time |loves her family heaps |seeks for imaan n piety msn:danesz83@hotmail.com yahoo:hudaz83@yahoo.com

* Food for the Soul *

Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu
Al Baqarah: 208

* Links *

Alina Yazmin Fazz Marliza Baiti Salwa Syahida Ili Ilmi DiLLs Aishah Yanti CikNur Leen Al-Huda Najwer Mimin Denise Nella Elena Zarina Suraya Hidayah Murni Marlina Uwa One Aishah Rina Anayasmin Chicsaloud Tahira c00l Qist asma' Anisah Aiza Nadia PQSA Kopitiam Penawarhati Qaanitaat Fazakkir Cahaya Nurkelebihan

* Tagboard *

Powered by TagBoard Message Board
Name

URL or Email

Messages(smilies)


* Hadith *

 
 

* Media *


Al Mu'allim-Sami Yusuf


* Statistics *

online

hits since 10March2004

* Tuesday, August 30, 2005 *

Aku, kau dan DIA

"Assalamualaikum kak, nih husna nih..rindunya pada kakak."


Hijriah: Waalaikumsalam..eh, husna!! bestnya awak dah pandai cakap.
Husna: Hehe, mak ajar :)
Hijriah: Pandai adik kakak. Alhamdulillah. Tengah buat aper tuh?
Husna: On the way nak pegi Danga Bay la kak. Husna tadi tertido.
Baru jer bangun tadi.
Hijriah: Ha, dah baca doa bangun tido belom?



"Eh, belomla. Lupa"


Hijriah: Lain kali jangan lupa yer, kita setiap hari kena bersyukur dapat hidup lagih sehari
and dapat nikmat hidayah dan Islam.
Husna: Betul cakap akak, husna setuju! Tapi kan kalau kita syukur, apa yang kita kena buat yer?
Hijriah: Kita kenalah hidup untuk Islam
Husna: Camner yer kak nak hidup untuk Islam?
Hijriah:Banyak caranya, antaranya ialah:

1.Mengenal Tujuan Hidup

Firman Allah:

Yang bermaksud: "Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. "
(Surah Az-Zaariyaat, Ayat: 56)

2 . Menginsafi Nilai Dunia Ini Dibandingkan Dengan Akhirat.

Firman Allah:

Yang bermaksud: "Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak.
(Surah At-Taubah, Ayat: 38).


Diriwayatkan, pada suatu ketika Rasulullah s.a.w menghadap ke suatu tempat membuang sampah (mazbalah), lalu baginda memanggil para sahabat baginda sambil bersabda: "Ayuhlah, kejarlah dunia"; kemudian baginda mengambil cebisan kain yang telah usang dan tulang-tulang yang sudah reput sambil berkata: "Inilah dunia". Menurut riwayat yang lain, pada suatu hari Rasulullah s.a.w melihat kepada bangkai anak kambing yang dibuang oleh tuannya lalu baginda
berpaling kepada para sahabatnya dan bersabda: "Adakah kamu melihat betapa hinanya bangkai kambing itu di sisi tuannya, demi Allah dunia ini lebih hina di sisi Allah melebihi kehinaan kambing tersebut di sisi tuannya. Kalaulah nilai dunia ini menyamai nilai sebelah sayap seekor nyamuk nescaya Allah tidak akan memberi seteguk airpun untuk minuman orang
kafir".


"Lagih kak, nak tahu aper caranya lagih!"

Hijriah: Sabar, akak cakap satuh satuh..


3. Menginsafi Bahawa Maut Pasti Tiba.

Firman Allah:

Yang bermaksud: "Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa. Dan akan kekallah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan."
(Surah Ar-Rahmaan, Ayat: 26 - 27).


Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
Yang bermaksud: Sentiasalah mengingati pemusnah kelazatan dan pemisah
golongan-golongan (iaitu kematian). (Diriwayatkan oleh Ibnu Hibban).
Abu Zar Al-Ghiffari r.a berkata: "Saya berkata kepada Rasulullah s.a.w:
Apakah kandungan Suhuf Nabi Musa?" Baginda menjawab:
"Keseluruhannya adalah pengajaran". Aku merasa hairan terhadap orang
yang yakin kepada kematian tetapi ia masih terus bergembira, Aku hairan
kepada orang yang yakin tentang neraka tetapi ia masih ketawa, Aku
hairan terhadap orang yang meyakini qadar ketentuan Allah tetapi masih
kecewa, Aku hairan terhadap orang yang melihat dunia yang membolakbalik
penghuninya tetapi ia masih merasa aman terhadap dunia, Aku juga
merasa hairan terhadap orang yang meyakini adanya hisab di kemudian
hari tetapi masih tetap tidak beramal (untuk bekalan)".

Hijriah: Ish, terasa sangat bila dengar kisah yg disebutkan tadi..
Husna: Itulah, semoga kita sedar..Lagi?


4. Mengetahui Hakikat Islam.


Iaitu dengan mempelajari dan mendalami ilmu-ilmu agama, dasar-dasar,
hukum-hakam, yang halal dan yang haram.
Firman Allah s.w.t:

Yang bermaksud: Dan berdoalah dengan berkata: "Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku."
(Surah Taha, Ayat: 114).

5.Mengetahui Hakikat Jahiliah.


Iaitu dengan meneliti ciri-ciri pemikiran jahiliah, aliran-aliran dan
perancangannya. Di samping menyingkap akibat-akibat dan keburukannya.
Dengan memahami hakikat ini kita tidak terperangkap ke dalam jaring-jaringnya


"Dah faham dah!"

Hijriah: Bila dah faham, kena lah amal kan yer tak?
Husna: Betul. Kita sama-sama amal yer kak. Husna nak masuk syurga
sama-sama satu keluarga.


"Oh husna, borak ngan kakak tak cakap kat kami.
Kami pon nak masuk syurga jugak!"




Hudanesz pondered at 2:37:00 PM

* * * * * * * * *

* Saturday, August 27, 2005 *

S.@.B.@.R


Lately nih ader jugak raser diri nih macam kurang sabar especially bab lisan. Mulut nih cepat jer melepaskan das das tembakan tanpa disedari. Ya Allah, ampunilah hambamu ini. Tak nak lah banyak racun hati. Racun hati seperti kita ketahui aderla lisan, perut, mata dan pergaulan. If tak jaga those 4 things, banyak racun = membunuh diri. Nauzubillahiminzalik


wanzu-http://alwancomics.com
Ya Allah, berikanlah kekuatan kepada kami untuk menghadapi ujianMu.



Hudanesz pondered at 7:04:00 PM

* * * * * * * * *

* Monday, August 22, 2005 *



Siapa kata kita tidak kuat?


Salah satu kekuatan kita umat Islam adalah ukhuwah semestinyer. Ukhuwah yang terbinalah yang mampu merealisasikan segala matlamat dan impian yang dicita. Even in management pon dah terbukti yg synergy can lead to success. Here comes the role of ukhuwah where kita berukhuwah dengan niat untuk memperoleh keredhaan Allah. Ha, apalagi, lebih mantap dan diberkati sesuatu usaha itu bila Allah redha dok ?

So, bear in mind, sesuatu hubungan yang dibina tuh kener tengok balik niat dier, if kita niat bukan kerana Allah, just nak suka-suka, therefore, suka-suka jerlah yg kita peroleh. kepentingan dunia SAHAJA. akhirat sana? Alangkah bertuahnya if kita boleh dapat dua-dua kan? ruginya kalau dapat kat dunia jer. Innamal a'malu binniaat~ Setiap amalan ituh bergantung pada niat~

I really believe that 'friendship' selalunya susah nak dapat 'kawan waktu susah dan senang' but ukhuwah fillah on the other hand memang ternyata akan berada bersama kita all day every day insyaAllah. La yu'minu ahadukum hatta yuhibbu liakhiyh ma yuhibbu linafsih. Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya. Wallahualam.



Hudanesz pondered at 4:17:00 PM

* * * * * * * * *

* Sunday, August 21, 2005 *

InSaFi DiRi

Allah berfirman:
"Janganlah kamu berasa hina(lemah) dan jangan kamu berasa dukacita dan kamu adalah lebih tinggi(mulia) jika kamu(benar-benar) beriman"
Aali Imran 3: 139


Rasul pernah bersabda:
"Barangsiapa yang berpagi-pagian tidak mengambil berat hal ehwal orang Islam yang lain maka ia bukanlah daripada golongan mereka (Islam)"



Hudanesz pondered at 4:01:00 PM

* * * * * * * * *

* Saturday, August 13, 2005 *

Selamat berangkat adikku..

This special entry is dedicated to a special person in my life, my dearest sister, Noor Tahira Abdul Karim who will be departing to Yogyakarta, Indonesia tomorrow evening. May Allah showers you with barakah throughout your stay there and please do not forget Him. To be blessed in Islam is an honour and that 'gift' has to be appreciated and kept closely with us til the end. And we shall be rewarded in the hereafter insyaAllah.



Sis, I love you with all my heart and May Allah loves you even more. Remember, be izzah (proud) to be a muslim and portray good akhlak all day every day. seindah mawar berduri :) Ikhlaskan niat belajar kerana Allah. Even I can't send you off at the airport, my dua will accompany your journey insyaAllah.


Love,
Your beloved sister



Hudanesz pondered at 9:39:00 AM

* * * * * * * * *

* Friday, August 12, 2005 *

selamat hari lahir miss zarith nazmin abdul rashid. semoga sentiasa diredhaiNya always and forever, amin.



Hudanesz pondered at 9:23:00 AM

* * * * * * * * *

* Thursday, August 11, 2005 *

Zahra'
Album : Far East
Munsyid : Far East


Wanita kelahiran wahyu
Dari Ilahi
Sinar lembut wajahmupenyeri alam ini
Engkaulah permata
Ibunda kami semua

Wafatnya Rasulullah
Pilu menyelubungi
Tabah menerimanya
Sehingga engkau kembali
Cahaya kau purnama
Menyinari makhluk dunia

Bersamamu kebenaran
Dihiasi kasih sayang
Tidak tergambar indah akhlakmu
Wangian syurga namamu
Kami seru tanda rindu
Engkau wanita ibu sejati

Contoh tauladan para mukminin
Muliamu disucikan Allah
Isteri Amirul Mukminin
Wajah yang dimuliakan Allah
Pemergian sukar diganti
Sirahmu terpahat di hati

My favourite song currently. Semoga diambil teladan and sebaik-baik hiasan di dunia adalah wanita solehah ~~



Hudanesz pondered at 8:57:00 AM

* * * * * * * * *

* Wednesday, August 10, 2005 *

Points To Ponder

Kesempurnaan orang lain menyempurnakan diri kita



Hudanesz pondered at 1:42:00 PM

* * * * * * * * *

* Saturday, August 06, 2005 *

Khaulah Binti Tsa’labah (Wanita Yang Aduannya Didengar Allah Dari Langit Ketujuh)

Beliau adalah Khaulah binti Tsa`labah bin Ashram bin Fahar bin Tsa`labah Ghanam bin ‘Auf. Beliau tumbuh sebagai wanita yang fasih dan pandai. Beliau dinikahi oleh Aus bin Shamit bin Qais, saudara dari Ubadah bin Shamit r.a yang beliau menyertai perang Badar dan perang Uhud dan mengikuti seluruh perperangan yang disertai Rasulullah saw. Dengan Aus inilah beliau melahirkan anak laki-laki yang bernama Rabi`. Khaulah binti Tsa`labah mendapati suaminya Aus bin Shamit dalam masalah yang membuat Aus marah, dia berkata, "Bagiku engkau ini seperti punggung ibuku." Kemudian Aus keluar setelah mengatakan kalimat tersebut dan duduk bersama orang-orang beberapa lama lalu dia masuk dan menginginkan Khaulah. Akan tetapi kesadaran hati dan kehalusan perasaan Khaulah membuatnya menolak hingga jelas hukum Allah terhadap kejadian yang baru pertama kali terjadi dalam sejarah Islam. Khaulah berkata, "Tidak…jangan! Demi yang jiwa Khaulah berada di tangan-Nya, engkau tidak boleh menjamahku karena engkau telah mengatakan sesuatu yang telah engkau ucapkankan terhadapku sehingga Allah dan Rasul-Nya lah yang memutuskan hukum tentang peristiwa yang menimpa kita. Kemudian Khaulah keluar menemui Rasulullah saw, lalu dia duduk di hadapan beliau dan menceritakan peristiwa yang menimpa dirinya dengan suaminya. Keperluannya adalah untuk meminta fatwa dan berdialog dengan nabi tentang urusan tersebut. Rasulullah saw bersabda, "Kami belum pernah mendapatkan perintah berkenaan urusanmu tersebut… aku tidak melihat melainkan engkau sudah haram baginya.” Wanita mukminah ini mengulangi perkatannya dan menjelaskan kepada Rasulullah saw apa yang menimpa dirinya dan anaknya jika dia harus cerai dengan suaminya, namun rasulullah saw tetap menjawab, "Aku tidak melihat melainkan engkau telah haram baginya". Sesudah itu wanita mukminah ini senantiasa mengangkat kedua tangannya ke langit sedangkan di hatinya tersimpan kesedihan dan kesusahan. Pada kedua matanya nampak meneteskan air mata dan semacam ada penyesalan, maka beliau menghadap kepada Yang tiada akan rugi siapapun yang berdoa kepada-Nya.

Beliau berdo’a, "Ya Allah sesungguhnya aku mengadu kepada-Mu tentang peristiwa yang menimpa diriku". Alangkah bagusnya seorang wanita mukminah semacam Khaulah, beliau berdiri di hadapan Rasulullah saw dan berdialog untuk meminta fatwa, adapun istighatsah dan mengadu tidak ditujukan melainkan untuk Allah Ta`ala. Ini adalah bukti kejernihan iman dan tauhidnya yang telah dipelajari oleh para sahabat kepada Rasulullah saw. Tiada henti-hentinya wanita ini berdo`a sehingga suatu ketika Rasulullah saw pingsan sebagaimana biasanya beliau pingsan tatkala menerima wahyu. Kemudian setelah Rasulullah saw sadar kembali, beliau bersabda, "Wahai Khaulah, sungguh Allah telah menurunkan al-Qur`an tentang ditimu dan suamimu kemudian beliau membaca firman-Nya (artinya), "Sesungguhnya Allah telah mendengar perkatan wanita yang mengajukan gugatan kepada kamu tentang suaminya, dan mengadukan [halnya] kepada Allah. Dan Allah mendengar soal jawab antara kamu berdua. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat,…sampai firman Allah: "dan bagi oranr-orang kafir ada siksaan yang pedih."(Al-Mujadalah:1-4)

Kemudian Rasulullah saw menjelaskan kepada Khaulah tentang kafarat (tebusan) Zhihar:
Nabi : Perintahkan kepadanya (suami Khansa`) untuk memerdekan seorang budak
Khaulah : Ya Rasulullah dia tidak memiliki seorang budak yang bisa dia merdekakan.
Nabi : Jika demikian perintahkan kepadanya untuk shaum dua bulan berturut-turut
Khaulah : Demi Allah dia adalah laki-laki yang tidak kuat melakukan shaum.
Nabi : Perintahkan kepadanya memberi makan dari kurma sebanyak 60 orang miskin
Khaulah : Demi Allah ya Rasulullah dia tidak memilikinya.
Nabi : Aku bantu dengan separuhnya
Khaulah : Aku bantu separuhnya yang lain wahai Rasulullah.
Nabi : Engkau benar dan baik maka pergilah dan sedekahkanlah kurma itu sebagai kafarat baginya, kemudian bergaulah dengan anak pamanmu itu secara baik.”

Maka Khaulah pun melaksanakannya. Inilah kisah seorang wanita yang mengajukan gugatan kepada pemimpin anak Adam a.s yang mengandung banyak pelajaran di dalamnya dan banyak hal yang menjadikan seorang wanita yang mengangkat kepalanya tinggi-tinggi dengan bangga dan perasaan mulia dan besar perhatian Islam terhadapnya. Ummul mukminin Aisyah ra berkata tentang hal ini, "Segala puji bagi Allah yang Maha luas pendengaran-Nya terhadap semua suara, telah datang seorang wanita yang mengajukan gugatan kepada Rasulullah saw, dia berbincang-bincang dengan Rasulullah saw sementara aku berada di samping rumah dan tidak mendengar apa yang dia katakan, maka kemudian Allah Azza wa Jalla menurunkan ayat, "Sesungguhnya Allah telah mendengar perkatan wanita yang memajukan gugatan kepada kamu tentang suaminya dan mengadukan (halnya) kepada Allah…" (Al-Mujadalah: 1) Inilah wanita mukminah yang dididik oleh Islam yang menghentikan Khalifah Umar bin Khaththab r.a saat berjalan untuk memberikan wejangan dan nasehat kepadanya. Beliau berkata, "Wahai Umar aku telah mengenalmu sejak namamu dahulu masih Umair (Umar kecil) tatkala engkau berada di pasar Ukazh engkau mengembala kambing dengan tongkatmu, kemudian berlalulah hari demi hari sehingga memiliki nama Amirul Mukminin, maka bertakwalah kepada Allah perihal rakyatmu, ketahuilah barangsiapa yang takut akan siksa Allah maka yang jauh akan menjadi dekat dengannya dan barangsiapa yang takut mati maka dia kan takut kehilangan dan barangsiapa yang yakin akan adanya hisab maka dia takut terhadap Adzab Allah." Beliau katakan hal itu sementara Umar Amirul Mukminin berdiri sambil menundukkan kepalanya dan mendengar perkataannya. Akan tetapi al-Jarud al-Abdi yang menyertai Umar bin Khaththab tidak tahan mengatakan kepada Khaulah, "Engkau telah berbicara banyak kepada Amirul Mukminin wahai wanita.!" Umar kemudian menegurnya, "Biarkan dia…tahukah kamu siapakah dia? Beliau adalah Khaulah yang Allah mendengarkan perkataannya dari langit yang ketujuh, maka Umar lebih berhak untuk mendengarkan perkataannya. " Dalam riwayat lain Umar bin Khaththab berkata, “Demi Allah seandainya beliau tidak menyudahi nasehatnya kepadaku hingga malam hari maka aku tidak akan menyudahinya sehingga beliau selesaikan apa yang dia kehendaki, kecuali jika telah datang waktu shalat maka aku akan mengerjakan shalat kemudian kembali mendengarkannya sehingga selesai keperluannya.” (SUMBER: buku Mengenal Shahabiah Nabi SAW., karya Mahmud Mahdi al-Istanbuly dan Musthafa Abu an-Nashar asy-Syalaby, h.242-246, penerbit AT-TIBYAN)



Hudanesz pondered at 9:25:00 PM

* * * * * * * * *

Layout * shadowmist
Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com