* Time for Justice *
* The Writer *
* Food for the Soul *
* Links *
* Tagboard *
* Hadith *
* Media *
* Statistics *
* Saturday, October 22, 2005 *
* They keep their duty to Allah.* They adjust the matter of their difference.* They obey Allah and His Messenger.* Their hearts feel fear when Allah is mentioned.* When the Revelations of Allah are recited to them, they increase in faith.* They trust in their Lord.* They establish Prayers.* They spend of what Allah has bestowed on them.
* Saturday, October 15, 2005 *
* Wednesday, October 12, 2005 *
* Tuesday, October 11, 2005 *
* Saturday, October 08, 2005 *
We've Scanned The SkyWell, we’ve scanned the sky and we’ve sighted the moonAnd we welcome the month of RamadanWhen we’ll fast together, all as one, to help and strengthen our imanAs the sun lay sleeping, beneath the blanket of the nightWe rise early to make suhur, before the white thread of lightWe’re patient and kind, throughout our daytaking time to remember how to careAnd when the sun has gone and we’ve made iftar,we break our fast and we share.’cause we’ve scanned the sky and we’ve sighted the moonAnd we welcome the month of RamadanWhen we’ll fast together, all as one, to help and strengthen our imanSo many of our brothers and sisters, all across the landThey have no food to eat at all, and they need a helping handWhen we fast from morning ’til the night, to fulfill our faith’s commandWe feel the hunger and thirst they feel, and it helps us to understandBut, all too fast, the moon goes past, our month of blessings now has goneBut we’ll keep its spirit throughout the year, Everyday should be like RamadanSo we’ve scanned the sky and we’ve sighted the moonAnd we say “Farewell” to RamadanWhen we fast together, all as one, to help and strengthen our iman
An excerpt from Berita Harian:
Bicara Kalbu: Hanya sebahagian syaitan dibelenggu sepanjang RamadanPada Ramadan semua syaitan dibelenggu, tetapi mengapa pula sepanjang bulan mulia itu ada orang Islam yang tidak berpuasa dan melakukan perkara yang mungkar?
Apakah kemaksiatan atau dosa itu tidak ada campur tangan daripada syaitan?
HADIS yang menyatakan bahawa syaitan dibelenggu pada Ramadan adalah hadis sahih yang diriwayatkan oleh sejumlah ulama hadis seperti Imam Bukhari, Muslim, Ahmad dan Ibnu Huzaimah.Daripada Abu Hurairah bahwa Rasulullah bersabda bermaksud: “Apabila Ramadan tiba, maka pintu syurga akan dibukakan dan pintu neraka akan ditutup serta syaitan akan dibelenggu." (Riwayat Bukhari No. 1898 dan Muslim 1079) “Dibukanya pintu syurga dan ditutupnya pintu neraka pada Ramadan...” Ibnu Hajar dalam kitab Fathul Bari menyebutkan ada beberapa kemungkinan:
l Pertama, memang benar pintu syurga dibuka selebar-lebarnya pada Ramadan dan pintu neraka ditutup. Sehinggakan tidak ada orang yang dimasukkan ke neraka selama sebulan itu. Inilah yang memberikan semangat kepada hamba Allah untuk memperbanyakkan amal sepanjang Ramadan itu.
l Kemungkinan kedua, bahawa Allah membuka kesempatan kepada hamba-Nya untuk taat beribadah, yang mana taat itu menjadi penyebab masuknya mereka ke dalam syurga. Demikian juga dengan ungkapan ditutupnya pintu neraka. Ia adalah gambaran daripada dipalingkannya hamba Allah daripada keinginan untuk melakukan maksiat, yang mana maksiatlah yang akan membawa mereka ke neraka. Dengan dipalingkan daripada maksiat, maka seolah-olah pintu neraka tertutup pada Ramadan.Mengenai dibelenggunya syaitan, ada beberapa penjelasan daripada ulama mengenai maksud perkataan Rasulullah bahawa syaitan ‘dibelenggu’ pada Ramadan:
1 Al-Hulaimi berpendapat yang dimaksudkan dengan syaitan di sini adalah syaitan yang suka mencuri berita dari langit yang terjadi pada waktu malam Ramadan. Pada ketika turunnya al-Quran, mereka dihalang melakukan hal itu kerana dengan ‘belenggu’ itu, maka syaitan tidak mampu melakukannya.
2 Syaitan tidak berleluasa atau sewenang-wenang mengganggu dan merosakkan manusia seperti seperti biasa kerana umat Islam sibuk dengan ibadah berpuasa, bersedekah, membaca al-Quran dan berzikir.
3 Yang dibelenggu hanya sebahagiannya iaitu syaitan yang membangkang seperti yang dijelaskan dalam hadis daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda: "Pada malam pertama Ramadan, syaitan dibelenggu. Iaitu syaitan yang membangkang.” (Riwayat Ibnu Huzaimah, Nasa’i, at-Tirmizi, Ibnu Majah dan Al-Hakim)
4 Maksud ‘dibelenggu’ adalah ungkapan ketidakmampuan syaitan untuk menggoda dan menyesatkan manusia. Jadi mengapa masih ada kemaksiatan pada Ramadan? Bukankah syaitan yang biasa menggoda manusia telah dibelenggu? Berdasarkan pengertian di atas, ulama memberi empat jawapan:
5 Syaitan dibelenggu bagi mukmin yang melakukan ibadah ’puasa’ dengan penuh keikhlasan.
6 Hanya sebahagian syaitan yang dibelenggu, iaitu syaitan yang membangkang seperti dijelaskan di atas.
7 la juga boleh dimaksudkan berkurangnya perbuatan kejahatan atau perilaku maksiat pada Ramadan. Memang masih terjadi, tetapi tidak sebanyak berbanding bulan lain.
8 Syaitan dibelenggu, namun ada beberapa perangai manusia yang menyamai syaitan yang menyebabkan masih berlaku perkara maksiat. Kemaksiatan itu timbul kerana runtuhnya sifat mulia manusianya, adat istiadat yang rosak dan lingkungan masyarakat yang sudah ’bobrok’ yang dilakukan oleh syaitan daripada golongan manusia.
DIJAWAB Prof Madya Maznah Daud, pensyarah syariah di UITM, Shah Alam, Selangor